Sunday 3 August 2014

BENTAN... Derita Ibu Berpantang

         


Salam Sayang semua....

Di sini RINA akan sharekan sikit perihal BENTAN.

BENTAN? APAKAH IA?

Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengah-tengah hari buta (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan

  • Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Sebab tu RINA selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya: Lipat baju, dan belek baby. Sesiapa yang sibuk-sibuk nak sapu sampah, mop lantai, or cat rumah tu....sendiri mau ingat la.... Kadang-kadang tak boleh terima alasan diorang. "saya kesiankan mak saya,kak". Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ni berkali ganda. Sebab diorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain dan suami korang....So mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?

  • Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas (minyak herba) keseluruh badan dan start bertungku/bertuam sehingga pecah peluh. Tuaman/tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

  • Yang amalkan Set Berasalin NR, sila buat rebusan 2 paket akar herbanika, campurkan dengan Madu Yamen NR dan minum suam-suam. Dan minum dengan cara menghirup pakai sudu. Untuk elakkan dari kembang urat dan elakkan dari perut muncit. And makan Phyto Natal 3 biji sehari.
                                                        

                                                               Phyto Natal. Fungsinya merawat rahim.



2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

  • Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
  • Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat. Kalau korang nak tahu, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau. Sebab tu kalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak-anak korang yang selain newborn korang tu. Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang berjimak masa dalam tempoh 44/100 hari berpantang. Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami 44 hari. Kalau yang menjalani poembedahan, tak boleh bersama dengan suami 100 hari. Sesiapa yang langgar pantang ni memang parah akibatnya. Bukan sahaja berjimak, kalau korang nak "ringan-ringan" or "stim-stim" ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya. Sebab tu orang dolu-dolu, kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan/mak mentua...Para suami kena tido luar sampai ibu habis pantang.... Semuanya bersebab. Sebab kita ni pantang jumpa....nak-nak yang darah muda atau bunting pelamin...hehehe
  • Kalau keadaan ibu yang bentan urat peranakan ni, digalakkan sapu seluruh badan dengan minyak panas (Minyak Herba atau lotion pati halia) dan lebihkan dibahagian ari-ari. Kalau yang menggunakan Set Bersalin NR, ambil Herbanika Barut yang paste tu, lumur tebal2 dekat ari-ari. Lepas tu tuam/tungku badan dan lebihkan kat bahagian perut, pinggang dan ari-ari.

                               Fungsi Herbanika Barut, mengecutkan rahim dan urat-urat yang bengkak
  • Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup


Sakit pinggang yang kronik simptom bentan urat besar
  • Kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas tuala batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah diblender.. Bubuh batu tungku dan balut. Letak kain dibahagian pembukaan faraj dan start bertungku. Lepas dah tungku bahagian pembukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu ibu-ibu disuruh menunggang batu tungku tu dengan posisi satu kaki melutut dan satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada dia atas batu tungku.Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

  • Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering.  Bahannya hanya pakai ibu kunyit dan pati limau nipis.
Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak-banyakkan berehat, jangan terkena hujan hatta tempiasnya sekalipun, jangan suka mandi lama-lama, jangan main air (kalau boleh pinggan pun jangan basuh. Minta tolong orang lain basuhkan), elakkan mandi budak, dan janganlah angkat berat-berat (even anak kecil korang).

Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.

Dan sebab itu RINA galakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai utk dijadikan batu tungku yang pelbagai guna. Renyah memang renyah. Tapi kalau dah kes emergency macam ni, mmg batu sungai la yang paling sesuai. Lagipun it is free!!
   
 
       
                             


    
Sekian... untuk kali ini dari RINA. Wassalam.
 

                                                                   
                                    




1 comment:

  1. WynnBET : Situs Slot Online | Casino Online Gambling
    WynnBET - Situs Slot Online WynnBet - Situs 나비효과 Slot Online WynnBet - Situs Slot Online https://septcasino.com/review/merit-casino/ WynnBet - Situs Slot Online 바카라 사이트 WynnBet - Situs Slot Online WynnBet - Situs Slot novcasino Online

    ReplyDelete