Saturday 23 August 2014

KOLEKSI RESEPI BERPANTANG (SAYUR)

KERABU PEGAGA

Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

simple kan...


Sawi tumis air 

Dsc01784

Bahan-bahan ( 2-3 org mkn )

  • Bawang Besar 1 biji Bawang putih * ikan bilis * sayur sawi, dipotong2 dan direndam seketika (2-3 pokok) sos ikan (1 sudu kecil) minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. 1)potong bawang besar bulat2... 2)Bahan yang bertanda* ditumbuk kasar (jangan tumbuk lumat) 3)panaskan minyak, tumiskan bawang merah dulu.. sampai naik bau 4) masukkan bhn2 yang ditumbuk tadi... tumis seketika 5)masukkan sayur sawi (jgn masukkan air dulu) dan kacau. agak2 layu masukkan sikit jer air dan sos ikan dan sedikit garam. Kacau rata2 dan tutup api... 6) Hidang dan siap untuk dimakan dengan nasi :) [

SUP SAYUR SAWI 

2 pokok sayur sawi
3 biji bwg putih - hiris
3 biji bwg merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 biji lada besar merah - hiris
1 biji lobak saiz kecil - hiris bulat
Sedikit pepper Aji-Shio
Segenggam ikan bilis
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bwg putih, bwg merah & halia, guna api sederhana jer yer.
2. Bila dah naik bau, masuk ikan bilis. Bila dah sedikit kecut, masukkan air.
3. Pastu, masukkan lobak, bila lobak hampir lembut, masukkan cili & sayur sawi.
5. Masukkan garam & pepper.
6. Bila rasa seme dah ok, matikan api. Taburkan bawang goreng serta daun sup tadi, siap!!!

Baby kailan/sawi cina bersos tiram




kailan/sawi cina dicelur (rebus air dan masukkan sedikit minyak) toskan

3 ulas bawang putih dicincang
bawang goreng ( seeloknya buat sendiri)
3 camca sos tiram

Cara: Susun kailan/sawi dlm pinggan.Tumiskan bawang putih dan masukkan sos tiram. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan keatas kailan tadi. Taburkan bawang goreng.


Sayur Sawi Putih Goreng Tumis

















Bahan:
  • 1 ikat sayur sawi
  • 10 gram ikan bilis*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang merah*
  • 1 tangkai cili*
  • garam dan serbuk perasa secukupnya..

Caranya :
  1. Cuci bersih dan bilas sayur,kemudian potong sayur seperti biasa,
  2. Tumbuk bahan bertanda
  3. Tumis hingga naik bau,masukkan sayur
  4. Kacau dan tambahkan perasa.
  5. Jangan biarkan layu..cukup sekadar kacau sebati.padamkan api..
  6. Dah boleh makan dah...
Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis
1 inci kunyit hidup

Cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.

PERIA GORENG CILI


BAHAN-BAHAN:

1 biji peria (yg sederhana besar)
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*   (*ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
1/2 st pati ikan bilis
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit air

CARANYA:
  1. bersihkan peria, potong dan rendam dlm air garam
  2. panaskan kuali dan letak minyak 3-4 sudu
  3. tumis bawang dan masukkan cili, kacau hingga garing
  4. masukkan pati ikan bilis dan garam
  5. masukkan peria dan sedikit air (tutup kuali sebentar untuk lembutkan peria)
  6. rasa...kalau tak cukup tambah garam
  7. pecahkan telur dan biar keras sikit baru kacau sampai hancur dan sedikit kering

Peria Goreng Lada Hitam


Ingredients:-
1 biji peria dihiris -(rendam dalam air garam untuk hilangkan pahitnya.)
1 genggam ikan bilis
2 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
5-6 biji cili padi dihiris/ketuk
2 sudu besar lada hitam kasar
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi hingga naik bau. 
Masukkan lada hitam, serbuk lada hitam, serbuk kunyit serta ikan bilis dan gaul rata. 
Masukkan peria dan gaul rata. Letak seditikit air kalau kering sangat.
Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Kacau dan siap untuk dihidang.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya. 
Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

 Sup Sayur Campur 

Bahan:

3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Kucai goreng kicap

Bahan:

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap. 



resepi biasa2 saja. tumis bawang merah, bawang putih dan halia. bila dah bau harum, masukkan ayam yg dipotong kecil dan air ikut suka nak kuah banyak mana. bila ayam dah masak, masuk lobak putih. perasakan dengan garam dan lada sulah. bila lobak dah empuk, tabur daun sup. siappppp................. 

LOBAK PUTIH GORENG




Bahan-bahan

  • batang lobak putih-dibelah dua potong serong jgn terlalu tebal
    2 ulas bawang merah*
    1 ulas bawang putih*
    1 biji cili merah @ cili benggala*
    sedikit ikan bilis @ udang @ sotong
    sedikit minyak
    sedikit garam dan gula
    sedikit air
       
Cara-cara penyediaan
  • - Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris tadi. Agak naik bau masukkan ikan bilis @ udang @ sotong.(saya letak ikan bilis je).Kacau seketika.
    - Akhir sekali masukkan lobak putih dan sedikit air. Biarkan 2-3 minit supaya lobak putih itu tadi lembut.Masukkan garam dan gula sedikit.Kacau bagi sebati dan angkat.

No comments:

Post a Comment