Saturday 2 August 2014

Orang ceaser boleh berbengkung...???

Tak tertetas ker tempat jahitan...? Nanti luka lambat baik...? Takut isi perut terburai...?

Pastinya...ramai wanita yang ceaser di luar sana takut untuk berbengkung selepas bersalin. Jadi, mereka melakukan pelbagai rawatan berpantang, tetapi mengenepikan rawatan berbengkung ini tadi...

Sebelum saya menghurai panjang lebar, disini kite terangkan 2 proses rawatan yang berkait rapat iaitu berbengkung dan berbarut.

Berbengkung adalah rawatan melilit kain keliling pinggang dan paha...

Berbarut adalah ubat yang disapu pada bahagian yang hendak dibengkung...
 
                                                      PROSES BERBARUT

So hope jangan ada yang keliru lagi yek...Hehehe...

Berbalik pada topik kita tadi...perlu ker orang yang ceaser berbengkung dan berbarut...
Jawapannya....perlu ya amat....

Bilakah masa sesuai untuk ibu bersalin ceaser berbengkung?Seeloknya keesokan harinya selepas bersalin.Jikalau berbengkung, perlulah dipakai dengan ikatan yang longgar (lebih2 lagi dibahagian jahitan elakkan sebrang tekanan ikatan). Atau sebaiknya dipakai strap-on binder (ni lebih disyorkan).


                                                      Contoh strap-on binder

Perlu dipakai bengkung selama dua minggu berturut-turut mekipun masih terasa kesan jahitannya. (kadang-kadang akan terasa sengal jugak dan make sure ketika berbengkung limitkan pergerakan)

Bagaimanakah cara rawatannya?
Sapu Minyak Herbanika atau lotion berasaskan pati halia atau  berherba dikeliling perut, di atas jahitan (elakkan tempat jahitan), di bahagian pinggang serta pinggul (minyak herbanika panas. So boleh tolong pecahkan ;lemak bahagian pinggang dan pinggul). Kemudian baru dipakai bengkung atau strap-on binder.

Apa susulan selepas dua minggu berikutnya?
Boleh diperketatkan ikatan bengkung atau starp on binder tadi. (time ni la patut diperkemaskan supaya pinggang jadik pinggang kerengga...hehehe)

Bila boleh memakai barut?
Selepas empat minggu baru boleh sapu barut atau ubat periuk pada perut sebelum memulakan rawatan berbengkung (pakai barut ketika masih panas lebih elok. So boleh tolong attack lemak bahagian pinggang dan pinggul kita). Pakai sehingga dua minggu...Lebih bagus jika dilanjutkan sehingga 100 hari (Kesannya memang bagus sangat. Pinggang cepat ramping...)

Kenapa berbarut itu penting?

  • mempercepatkan proses pengecutan rahim (time mengandung kan rahim kita membengkak beribu2 kali ganda)
  • membantu memecahkan angin toksik yang berlendir
  • menyempurnakan pengeluaran darah nifas (ni kalau tak keluar habis boleh sebabkan kita susah nak mengandung lagi tau...)
  • mengelakkan rasa sengal dan pedih dari berlaku pada luka pembedahan (once darah kotor kita dah keluar habis, automatik rasa sakit dan sengal boleh hilang...)
  • mengelakkan rasa ngilu dan pedih pada pelvis ketika berjimak selepas berpantang

  • Apakah bahana kalau tak berbengkung dan berbarut?
    • perut senang buncit
    • perut confirm mengeleber
    • menyebabkan sakit dan lenguh di bahagian pinggang dan pinggul
    • menyebabkan sakit betis dan tumit
    • sakit lutut yang menjejaskan pergerakan
    • mempercepatkan penuaan sebelum masa
    *semua simptom di atas adalah disebabkan oleh ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan celah peha.

    Sharing is caring :)





    No comments:

    Post a Comment